Jaga Kepentingan Rakyat Penanda Aras Utama KPI Umno - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan Tengku Mansor.

ALOR GAJAH: Menjaga kepentingan rakyat di peringkat akar umbi merupakan antara penanda aras utama dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Umno yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) parti pada Jumaat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, melalui penanda aras ini, setiap bahagian serta cawangan Umno diminta meninjau keperluan rakyat di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada kerajaan.

Beliau berkata, bahagian dan cawangan Umno perlu melakukan pemantauan agar bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi.

"Semua diminta memantau keadaan dan kaedah yang berlaku di peringkat akar umbi bagi memastikan kerajaan dapat membantu rakyat dengan berkesan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Transformasi Luar Bandar Kuala Linggi pada Sabtu.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan karnival sehari Umno Bahagian Masjid Tanah yang turut dihadiri Setiausaha Kerja parti Datuk Ab Rauf Yusoh, juga Ketua Bahagian Umno Masjid Tanah, dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas, Ermieyanti Samsuddin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata, KPI itu akan memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota MT akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian ditugaskan memantau KPI cawangan.

Tengku Adnan berkata, selain menjaga kepentingan rakyat, penanda aras utama lain dalam KPI berkenaan ialah menambah anggota Umno dan bilangan pengundi baharu.

"Peringkat asasnya kita mahu setiap anggota kita pastikan anggota keluarga mereka pengundi dan anggota Umno, kemudian rakan mereka juga begitu. Kita harap setiap bahagian ada penambahan (anggota dan pengundi baharu) setiap bulan.

"Berapa penambahan itu bergantung pada bilangan penduduk di setiap bahagian, sekiranya bahagian itu gagal berbuat demikian, kita akan panggil dan lihat dengan teliti mengapa serta bantu mereka capai KPI," katanya.

Beliau juga berkata, setiap anggota MT akan diberi antara lima hingga enam bahagian untuk dipantau KPInya, dan individu berkenaan perlu memberi laporan berkala dua bulan sekali kepada Umno pusat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan