Bapa Lee Chong Wei Kahwin Semula?

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh Lee Ah Chai, yang merupakan bapa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, di laman Facebooknya.
Sekeping gambar yang dimuat naik oleh Lee Ah Chai, yang merupakan bapa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, di laman Facebooknya.

PETALING JAYA: Kisah bapa jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei iaitu Lee Ah Chai sekali lagi digemparkan di media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya bersama seorang wanita yang menggayakan busana pengantin di Facebook miliknya pada Jumaat.

Media sosial kecoh dengan berita mengenai bapa kepada jaguh badminton negara itu.

Ramai pengguna laman sosial memberikan mesej dengan ucapan selamat dan tahniah, manakala ada pihak yang membuat gurauan kepadanya kerana menjadi seseorang berprofail tinggi dan tidak ketinggalan ada yang menyindirnya.

Menjawab kepada kenyataan di laman Facebook Kwong Wah Yit Poh yang mempunyai 353 komen, 1,259 kongsi dan 4,000 tanda suka, Ah Chai yang turut dikenali sebagai Steven Lee berkata, beliau tidak kisah mengenai apa yang pengguna Facebook katakan, dan percaya akan ada balasan buat mereka yang berkata buruk tentangnya.

"Adakah awak tahu tentang hal keluarga saya? Jika sesuatu berlaku pada anda, dan mereka yang lain tidak tahu apakah sedang berlaku dan kemudiannya mengatakan sesuatu mengenai anda, pada masa itu anda akan faham (perasaan saya)," katanya.

Mengenai komen bahawa beliau merupakan seorang yang berprofail tinggi, Lee berkata, beliau sekadar mahu berkongsi beritahu itu dengan teman-temannya di Facebook.

Mengenai gambar yang disiarkan itu untuk tujuan perkahwinan, Ah Chai turut menyiarkan sekeping gambar lagi yang menunjukkan beliau berpakaian tuksedo dengan bowtie.

Wanita di dalam gambar perkahwinan itu pernah dilihat dalam beberapa gambar lain yang diambil bersama dengan Ah Chai, yang disiarkan di laman Facebook miliknya.

Keadaan itu menunjukkan bahawa beliau "sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang".

Ah Chai yang suka mendapat perhatian sebagai bapa Chong Wei dilaporkan bercerai dengan ibu Chong Wei pada April tahun lepas.

Beliau kemudiannya tinggal bersendirian di kediamannya di Bukit Mertajam.

Pada 2012, Ah Chai mendapat liputan media apabila beliau dilaporkan cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang kerana masalah keluarga.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan