Abim Desak Debat Kalimah Allah Sinar Harian Dibatalkan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada Jumaat mendesak supaya debat kalimah Allah yang akan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian pada 27 Januari ini dibatalkan kerana polemik itu tidak dapat diselesaikan menerusi perdebatan.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini merujuk kepada penganjuran Wacana Sinar Siri 26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang”.

“Polemik kalimah Allah ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi perdebatan kerana ia amat bersangkutan dengan perkara-perkara yang melibatkan isu teologi yang akan mengundang sensitiviti masyarakat.

“Isu-isu agama yang melingkari masyarakat seperti ini harus diselesaikan menerusi perbincangan yang melibatkan kumpulan ilmuwan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan sederhana dari kedua-dua kelompok.

“Justeru, Abim menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tersebut tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu ini yang asalnya bersifat teologi secara langsung diheret kepada perkara lain yang lebih sensitif serta melibatkan perundangan dan institusi raja,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Faisal berkata, Abim telah menyerahkan surat kepada pihak Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran perdebatan itu juga boleh dianggap prejudis kerana ia masih belum lagi didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Abim turut menyeru semua pihak khususnya media untuk mengetengahkan pandangan sederhana dan bersifat ilmiah khususnya dari kelompok agamawan Islam dan Kristian yang merupakan ‘majoriti senyap’ bagi memastikan polemik ini dapat disejukkan,” katanya lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan