6 Pegawai Kanan TUDM Naik Pangkat

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (tengah) bersama enam pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat pada Jumaat.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (tengah) bersama enam pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat pada Jumaat.

PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menaikkan pangkat seramai enam pegawai kanannya dalam satu majlis yang diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara Subang di sini pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Roslan Salam berkata, majlis pemakaian pangkat itu melibatkan seorang pegawai kanan yang dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM manakala lima lagi dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Kolonel TUDM.

Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Menurutnya, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig. Jen. Datuk Mazlan Abas telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM mulai 6 Januari lalu dan beliau akan terus menjawat jawatan yang sama.

"Selain itu, Leftenan Kolonel Ramesh Chand Tara Singh pula dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Kolonel TUDM mulai 6 Januari dan menjawat jawatan Pegawai Memerintah, Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kolej Tentera Udara, Alor Setar.

"Leftenan Kolonel Raja Ahmad Ikram Raja Othman dinaikkan sebagai Pemangku Kolonel TUDM bagi jawatan Komander Pangkalan Udara Labuan. Ia diikuti dengan pelantikan Leftenan Kolonel Mohd Shahada Ismail sebagai Pemangku Kolonel TUDM sebagai Ketua Staf Juruarah, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, Leftenan Kolonel Md Fauzi Saleh dinaikkan Pemangku Kolonel TUDM bagi jawatan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Markas Tentera Udara, sementara Leftenan Kolonel Yee Yit Hong diberi tugas sebagai Pemangku Kolonel TUDM bagi jawatan Pegawai Memerintah, Pusat Latihan Penerbangan 1, Kolej Tentera Udara, Alor Setar.

Majlis pemakaian pangkat itu turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abd Samad dan Panglima Bantuan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar Mohd Nor serta panglima-panglima markas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan