Tanding Jawatan Ketua AMK, Bukan Sebab Populariti

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amirudin Shari.
Amirudin Shari.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari bersedia untuk merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan parti yang dijadualkan pada April walaupun mengetahui dia hanya calon underdog.

"Saya mungkin kurang menonjolkan diri di media kerana fungsi saya di dalam parti," katanya kepada The Star Online baru-baru ini.

Amirudin yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1999 dan memulakan karier politiknya sebagai setiausaha kepada Tan Sri Khalid Ibrahim ketika Menteri Besar itu adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden AMK selepas berkhidmat sebagai exco sayap parti itu selama beberapa tahun.

Amirudin kini memegang jawatan sebagai setiausaha PKR Selangor.

Beliau akan bertanding menentang Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang lebih dikenali dan disebut-sebut akan bertanding untuk jawatan tersebut.

"Nik Nazmi lebih popular. Dia bermula sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor dan kini dia Timbalan Speakear Dewan Undangan Negeri," kata Amirudin.

Amiruddin, 34, mengakui dia tidak sepopular seperti beberapa pemimpin tertinggi yang lain dan kurang mendapat publisiti, walaupun ketika protes, demonstrasi jalanan dan majlis politik.

Namun, beliau berkata, popular diperingkat akar umbi adalah lebih penting.

"Ia bukan mengenai persaingan populariti, tetapi bagaimana kita membentuk organisasi pemuda yang kuat dan kukuh.

"Seorang ketua AMK perlu bekerja berdasarkan dasar-dasar yang baik dan membangunkan parti, di samping mendapat sokongan daripada peringkat akar umbi," katanya.

Amirudin berkata, jika dia diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut, beliau ingin menjadikan sayap parti itu sebuah kuasa besar dan belajar dari kesilapan lalu.

"Pada pemilihan lalu, sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat gagal meraih sokongan majoriti golongan muda.

"Beberapa dasar kami fokus kepada golongan pertengahan dan atasan tetapi gagal memenuhi keperluan 70% golongan muda yang tidak dapat melanjutkan pengajian mereka," katanya.

Hari penamaan calon untuk pemilihan PKR dijangka diadakan pada Mac manakala pemilihan parti pada April.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan