Pindaan Akta Pertahanan Awam 1951 Dibentang Pada Sidang Parlimen Akan Datang - Berita Semasa | mStar

Pindaan Akta Pertahanan Awam 1951 Dibentang Pada Sidang Parlimen Akan Datang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Akta Pertahanan Awam 1951 atau Akta 221 akan dipinda bagi memperjelas dan menambah tafsiran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta memasukkan fungsi dan peranannya secara khusus.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan akta ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

"Akta sedia ada sudah lama di mana ia digubal pada 1957 dan sudah sampai masanya akta ini dipinda bagi memperkasa dan memperkemaskan lagi akta tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ops Bantu 8 JPAM di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah JPAM Datuk Sulaiman Keling.

Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac 1952 secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan menurut Civil Defence Ordinance 1951, yang kemudian ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pada 1957 berikutan kemerdekaan negara.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata JPAM memperoleh 90 buah ambulans baru-baru ini dengan 45 buah daripadanya telah diterima manakala selebihnya akan diserahkan kemudian.

Katanya pertambahan logistik ini sudah pasti akan dapat memperkemaskan lagi perkhidmatan JPAM dalam operasi menyelamat.

"Saya melihat setiap tahun pelbagai perubahan dan variasi yang diadaptasi dilakukan oleh JPAM untuk meningkatkan kecekapan dan memastikan mutu serta tahap anggotanya relevan dengan keadaan semasa," katanya.

Mengenai Ops Bantu 8, beliau berkata operasi kali ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama bermula dari 27 hingga 30 Januari manakala fasa kedua dari 2 hingga 3 Februari.

Katanya operasi ini melaksanakan konsep 'ronda dan rawat' iaitu memberi bantuan kecemasan serta bantuan khidmat kemanusiaan di sepanjang jalan raya persekutuan dan negeri yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

"Kira-kira 7,200 orang pegawai dan anggota JPAM terlibat dalam operasi ini. Operasi ini tertumpu di lebih 84 laluan 'hot spot' di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan