Perpindahan Pejabat Matrade dari Sydney Ke Melbourne Bawa Hasil

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Keputusan untuk memindahkan pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dari Sydney ke sini tahun lepas akan memberi hasil yang baik, kata Pesuruhjaya Perdagangan yang akan menamatkan perkhidmatannya, Shaiful Sharif.

"Melbourne mesra perniagaan. Di sini mudah untuk berhubung dengan komuniti peniagaan dan juga untuk menganjurkan acara," kata Shaiful kepada Bernama dalam satu wawancara sempena tamat perkhidmatannya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Victoria dan Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC) akan membantu mempermudah cadangan perdagangan dan pelaburan.

Shaiful berkata perpindahan ke Melbourne telah dibenarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, selepas AMBC membuat permintaan selama beberapa tahun untuk mendapatkan sebuah pejabat perniagaan dan perdagangan Malaysia di sini, yang menempatkan lebih 47,000 warga Malaysia.

Pada masa lalu, kedua-dua Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Matrade terletak di Sydney tetapi Melbourne juga memerlukannya. Shaiful berkata perpindahan ke Melbourne menghadapi cabaran logistik, tetapi semuanya berjalan lancar dengan bantuan timbalannya, Jude Bryan S. Dass.

Matrade terletak dalam bangunan yang sama dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di 432, St Kilda Road, di sini.

Beliau berkata beliau bernasib baik kerana berada di Australia semasa Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia ditandatangani awal tahun lepas.

"Syarikat dan masyarakat perniagaan Australia agak teruja dengan perjanjian ini selepas perundingan selama bertahun-tahun.

"Ia akan meningkatkan perdagangan dua hala dan pelaburan," katanya.

Dalam tempoh enam bulan hingga Disember lepas Shaiful dan pasukannya sibuk menganjurkan lima acara perdagangan di Australia dan New Zealand yang menjana jualan bernilai lebih RM262 juta.

Pesuruhjaya perdagangan itu berkata beliau yakin pameran-pameran perdagangan Malaysia pada masa akan datang akan mendapat sambutan yang baik.

Katanya, pelancongan seni Malaysia pastinya bakal menjadi acara tetap memandangkan kejayaannya November lepas semasa Ketua Eksekutif Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum, mempamerkan karya seni oleh 34 karyawan Malaysia, dan menjana jualan serta merta bernilai RM656,400.

Shaiful berkata beliau kagum melihat begitu banyak restoran Malaysia di Australia dan NZ.

"Terakhir, di bawah program Dapur Malaysia, ada 221 restoran Malaysia di Australia dan 46 di New Zealand," katanya.

Victoria mempunyai 61, New South Wales 53, Australia Barat 33, Queensland 32, Australia Selatan 18, Wilayah Ibu Kota Australia (Canberra) 16 dan Wilayah Utara enam, katanya.

Di Auckland, ada 25 restoran Malaysia, Wellington 20 dan Christchurch, yang masih dalam proses pemulihan daripada bencana gempa bumi mempunyai tiga restoran Malaysia.

"Kita kini dalam peringkat kedua program Dapur Malaysia yang melaluinya kita perkenalkan rempah ratus dan ramuan," katanya.

Program masakan di televisyen oleh Poh Ling Yeow dan Adam Liaw, yang terkenal melalui program 'Australian MasterChef' berjaya memperkenalkan masakan Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan