Kami Gigih Pastikan Kelangsungan Perkahwinan - Izzah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita perceraiannya yang menjadi topik perbualan hangat sejak tengah hari Khamis adalah cubaan untuk mengganggu perkahwinannya.

Menerusi kenyataan tiga perenggan, Nurul Izzah, 33, dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, 35, berkata mereka kini sedang 'gigih memastikan kelangsungan perkahwinan mereka'.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis.

Bagaimanapun menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pasangan berkenaan tidak pula menafikan berita tentang tuntutan cerai Nurul Izzah.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," tambah pasangan itu.

Bagaimanapun perkembangan terbaru lewat petang ini menyebut yang mungkin Nurul Izzah sendiri akan menarik balik permohonan fasakh yang difailkannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta esok pagi.

Berita tuntutan penceraian anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mula tersebar sejak tengah hari Khamis.

Hasil pemeriksaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan oleh The Star Online mendapati, wujud rekod yang menyatakan Nurul Izzah membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya pada akhir Disember tahun lalu.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyediakan dokumen berkaitan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara.

Pasangan itu kini mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan