Cadangan Penambahbaikan Gaji Minimum Diperhalusi Pertengahan Tahun - Riot

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan gaji minimum akan diperhalusi pada pertengahan tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk membincangkan cadangan itu kerana gaji minimum hanya dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari lepas.

"Kami akan hanya tahu impaknya sekurang-kurangnya selepas enam bulan pelaksanaannya dan kami akan lakukan semakan pertengahan penggal sama ada pada Jun atau Julai.

"Pada masa itulah baru kami menghalusi mana-mana cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak dan memperbaiki kelemahan yang wujud," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Khamis.

Riot berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan KPMG Malaysia baru-baru ini supaya sektor swasta dan awam menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat bagi membantu pekerja menangani kos hidup yang semakin meningkat. Pemeteraian Ikrar Integriti Korporat antara PSMB dan SPRM bertujuan meningkatkan kesedaran dan nilai integriti dalam kalangan pekerja selain menyokong inisiatif kerajaan untuk memperbaiki kedudukan negara bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Majlis menandatangani ikrar tersebut disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PSMB Ali Badaruddin Abd Kadir dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dengan disaksikan oleh Riot.

Terdahulu dalam ucapannya, Riot berkata PSMB merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia menandatangani Ikrar Integriti Korporat.

"Dengan menandatangani Ikrar Integriti Korporat, saya percaya PSMB melakukan lonjakan besar dan menghantar mesej betul dan penting kepada orang awam, untuk mengisytiharkan pendirian PSMB dalam soal integriti dan juga dalam memerangi rasuah.

"Oleh kerana bukan mudah untuk mengendalikan wang, lebih-lebih lagi dana besar berserta tanggungjawab berat untuk membantu negara kita meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir daripada 28 peratus kepada 33 peratus pada 2015 dan kepada 50 peratus pada 2020," katanya.

Beliau berkata sebanyak 13,989 syarikat dengan sejumlah 2.2 juta tenaga kerja dari sektor pembuatan dan perkhidmatan berdaftar dengan PSMB setakat 31 Disember 2013.

Riot berkata ketika ini juga terdapat lebih 3,400 penyedia latihan berdaftar dan 4,376 program diluluskan dalam PSMB untuk memperakui kelayakan kemahiran pekerja Malaysia.

"Diharapkan di masa depan PSMB akan meningkatkan jumlah majikan berdaftar bagi membolehkan lebih banyak pekerja Malaysia dilatih, ditingkatkan kemahiran dan dilatih semula.

"Malah, ia akan terus membantu negara untuk mengeluarkan tenaga kerja kompeten dengan mengkaji kualiti penyedia latihan yang berdaftar dan program latihan ditawarkan," katanya.

Pada majlis itu, Riot turut melancarkan Kod Etika Perniagaan PSMB bagi memperkasakan prinsip integriti dalam kalangan pekerja dan pihak berkepentingan PSMB. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan