Saifuddin Sahkan Wujud Suara Pecat Khalid

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saifuddin Nasution.
Saifuddin Nasution.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan wujud pandangan 'keras' dalam kalangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi menyingkirkan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Saifuddin, pandangan drastik itu pertama kali disuarakan dalam mesyuarat MPP yang bersidang pada 15 Januari lalu.

Tegas Saifuddin, perkara berkenaan tetap dibincangkan walaupun ia bukan usul yang dikemukakan sebagai agenda mesyuarat.

"Memang ada pandangan keras...tapi bukan usul supaya Tan Sri Khalid dilucutkan.

"Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang Rabu bahawa MPP bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan.

"PKR memandang serius isi kandungan dan anggapan yang dibuat laporan tersebut. Walau bagaimanapun, saya perjelaskan di sini bahawa mesyuarat yang dimaksudkan dalam laporan itu tidak membuat keputusan yang bersetuju menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dilaporkan.

"Maka disebabkan MPP tidak membuat keputusan berkenaan isu Menteri Besar, maka tidak timbul isu (Mohamed) Azmin (Ali) sebagai pengganti kepada Abdul Khalid," katanya.

Kontroversi agar Abdul Khalid dipecat daripada kedudukanya kembali timbul ekoran beberapa isu membabitkan keputusan kerajaan negeri yang dilihat membelakangkan parti termasuk penyingkiran Mohamed Azmin daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKN).

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, menerusi mesyuarat pada 15 Januari itu yang dipengerusikan Mohamed Azmin sendiri selaku Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa itu mengambil pendirian berkecuali.

"Beliau sebagai pengerusi mesyuarat hanya beri ruang kepada ahli untuk kemukakan pandangan (mengenai kedudukan Abdul Khalid). Bukan Azmin yang kemukakan pandangan itu.

"Mustahil beliau yang pengerusikan mesyuarat dan beliau juga yang buat usul dalam mesyuarat yang dipengerusikannya sendiri...Azmin tidaklah sampai macam tu sekali," katanya.

Selain itu Saifuddin turut mengesahkan Abdul Khalid tidak hadir pada mesyuarat berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan