Platform No.1 Stesen KTM Kajang Ditutup Sementara Pada Sabtu

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Platform nombor 1, Stesen KTM Kajang arah ke Seremban/Sg. Gadut akan ditutup sementara kepada pengguna bermula pukul 6 pagi sehingga 11 pagi, Sabtu ini.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini pada Khamis penutupan itu dibuat ekoran kerja-kerja sistem pesemboyanan untuk projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd di stesen berkenaan.

Semasa penutupan platform itu, pengguna perlu menunggu tren KTM komuter di platform nombor dua dan tiga dan kelewatan dijangkakan berlaku meskipun kekerapan tren adalah setiap 30 minit.

KTMB juga memberi jaminan pihaknya akan sedaya upaya meminimumkan kelewatan perkhidmatan tren semasa kerja terbabit dijalankan.

Pengguna dinasihat mematuhi tanda dan arahan keselamatan serta merujuk kepada petugas stesen atau pegawai bertugas jika memerlukan bantuan.

Maklumat lanjut mengenai penutupan itu boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 1-300-88-5862 atau menerusi Twitter. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan