Pindahkan Anak Pasangan Ditahan Kepada Keluarga Islam M'sia Di Sweden Diutamakan

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menegaskan ia akan terus berusaha membantu kes tahanan reman pasangan Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden.

Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat malam Rabu berkata, keutamaan segera ketika ini ialah memindahkan penjagaan empat orang anak pasangan itu dari keluarga angkat tempatan kepada keluarga Islam Malaysia.

Ia menyatakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden telah memberi kerjasama penuh setakat ini dan menganggapnya sebagai kes khas.

"Ia telah mula mpenenemuramah beberapa keluarga Malaysia yang kini tinggal di Sweden sebagaimana diminta oleh kementerian untuk kesesuaian diberikan penjagaan itu," tambahnya.

Kenyataan itu menambah Kedutaan Malaysia di Stockholm akan menemui Jabatan Perkhidmatan Masyarakat pada 24 Januari untuk perbincangan selanjutnya berhubung isu berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan