Perkeso Keluar Notis Kompaun RM2.8 Juta Tahun Lepas

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan 3,063 notis dengan jumlah kompaun hampir RM2.8 juta terhadap majikan yang tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, daripada jumlah itu, 1,601 kes adalah kesalahan gagal dan lewat mendaftar perusahaan (Seksyen 4 AKSP), 313 kes gagal mendaftar pekerja, 16 kes gagal menyimpan daftar pekerja dan 1,132 kes gagal dan lewat mengemukakan laporan kemalangan.

"Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM2,782,300 manakala jumlah yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM947,330 setelah mengambil kira rayuan pengurangan dan pembatalan yang telah diluluskan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Mohammed Azman berkata, Perkeso juga telah mengambil tindakan pendakwaan terhadap pelbagai kesalahan ke atas 1,827 majikan dan pekerja sebagai langkah terakhir bagi memastikan kepatuhan mereka terhadap akta berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 435 kes adalah bagi kesalahan gagal dan lewat mendaftar perusahaan dan pekerja, 546 kes bagi kesalahan gagal mematuhi saman jabatan, 258 kes kesalahan gagal membayar caruman, 228 kes bagi kesalahan gagal membayar faedah lewat bayar caruman.

"Lima kes bagi kesalahan gagal menyediakan rekod pekerja, 350 kes bagi kesalahan gagal melaporkan kemalangan, empat kes bagi kesalahan mengemukakan maklumat palsu dan satu kes bagi kesalahan gagal membayar balik lebihan bayaran faedah," katanya.

Beliau berkata, bagi mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pada tahun ini, beberapa strategi termasuk memantapkan lagi Ops Kesan, pengemaskinian prosedur pemeriksaan ke atas majikan yang telah berdaftar dan aktiviti publisiti yang lebih meluas dan berkesan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan