Pekerja Swasta Sambut Tahun Baru Cina Perlu Diberi Cuti Awal - Aziz Kaprawi

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menyarankan syarikat swasta memberi cuti sehari awal kepada pekerja yang menyambut Tahun Baharu Cina pada 31 Januari ini supaya mereka tidak tergesa-gesa pulang ke kampung menyambut perayaan berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata langkah itu juga membolehkan pekerja merancang perjalanan balik ke kampung dan mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan di jalan raya.

"Ada syarikat yang beri kelonggaran lebih awal, itu lebih bagus kerana ia dapat mengurangkan kesesakan jalan di waktu perayaan iaitu pada 31 Januari (Jumaat)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Plaza Tol Sungai Besi, Khamis.

Beliau berkata kaum lain yang tidak menyambut perayaan itu pula haruslah bekerjasama dengan tidak keluar rumah pada ambang Tahun Baharu Cina supaya tidak berlaku kesesakan jalan raya.

"Ini juga adalah satu kaedah untuk kita bertimbang rasa kepada masyarakat Tionghua supaya mereka dapat meraikan Tahun Baharu Cina dengan keluarga terdekat," katanya.

Pada perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen memandu terhadap pihak bertanggungjawab menyebabkan kematian tiga penumpang bas ekspres di Yong Peng, Johor pada Ahad lepas jika siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu.

"Kali ini, mungkin lesen sahaja digantung. Bagaimanapun, jika berlaku kemalangan kali kedua membabitkan pihak sama, kami tidak teragak-agak menarik balik lesen," kata beliau sambil menambah, tempoh penggantungan adalah antara tiga bulan hingga setahun bergantung kepada jenis kecuaian.

Kemalangan kira-kira 1.50 tengah hari itu mengorbankan Mohd Sofwan Nur Hakim Mohd Zaidi, 21, sepupunya Mohd Amirul Asyraf Yaakob, 20-an, dan Mohammad Zikri Othman, 10.

Pemandu bas dan tujuh penumpang pula cedera parah manakala penumpang lain cedera ringan. Bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu sebelum hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan