Muhyiddin Rasmi Pusat Penyelidikan Karbon Rendah Di Imperial College

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom mulai Isnin, melawat Imperial College London, sebuah universiti penyelidikan awam di sini, pada Rabu dan merasmikan pusat penyelidikan pengangkutan berkarbon rendah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kolej berkenaan.

Pusat bagi Pengangkutan Berkarbon Rendah itu, projek kerjasama antara Imperial College dan UTM, akan menghimpunkan beberapa penyelidik bertaraf dunia daripada UTM dan Imperial College untuk membangunkan teknologi pengangkutan berkarbon rendah generasi akan datang.

Terdahulu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, menyaksikan upacara menandatangani memorandum perjanjian (MoA) mengenai kerjasama penyelidikan antara Imperial College dan UTM.

Imperial College diwakili provosnya Prof James Stirling, manakala UTM oleh naib canselornya Prof Dr Wahid Omar.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin juga diberi taklimat oleh para pegawai Imperial College dan meninjau kemudahan serta makmal yang terdapat di pusat pengajian terkenal itu.

Dalam ucapannya, Stirling berkata penyelidik terbabit akan memberi tumpuan terhadap pelbagai bidang bagi menjadikan kenderaan lebih cekap, termasuk mengurangkan saiz enjin, tanpa mengorbankan prestasi.

Katanya pasukan berkenaan akan mencari jalan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi menghasilkan hibrid termaju dan kenderaan elektrik serta menambah baik jenisnya.

"Mereka juga akan membangunkan konsep baharu dalam penstoran tenaga dan teknologi pemulihan tenaga terbuang untuk menjadikan kenderaan lebih ringan dan dengan itu, mengurangkan penggunaan bahan bakar serta lebih lestari," katanya.

Beliau berkata penubuhan pusat itu akan mengeratkan lagi kerjasama dalam kalangan tenaga akademik UTM serta membuka ruang kepada pelajar peringkat PhD dan pasca PhD terbaik Malaysia untuk menjalankan penyelidikan di Imperial College.

Turut hadir pada majlis menandatangani MoA itu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan Prof Ricardo Martinez-Botas dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Imperial College.

Stirling berkata UK dan Malaysia komited untuk menggunakan sains dan inovasi bagi membantu membina ekonomi karbon rendah dan penubuhan pusat tersebut akan memperkukuhkan usaha ke arah itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan