KL Monorel Tingkat Kualiti Perkhidmatan Dengan Set Tren Baharu

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Kuala Lumpur Monorel maju setapak ke hadapan untuk meningkatkan perkhidmatan dan operasinya berikutan penerimaan set pertama daripada 12 tren empat gerabak, Jumaat.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan di sini, Khamis memaklumkan set tren baharu itu akan meningkatkan jumlah penumpang bagi setiap tren iaitu daripada 214 kepada 430, pada waktu puncak.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Khairani Mohamed berkata ia juga dapat menangani masalah berhubung kesesakan di laluan Monorel Rapid KL yang kini menguruskan purata penumpang harian sebanyak 72,000 orang.

"Selain daripada kapasiti yang lebih besar, tren baharu itu juga memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih baik termasuk tingkap pintu terbuka, kamera litar tertutup (CCTV) di atas tren dan ciri-ciri 'Run-flate' yang membolehkan tren terus bergerak walaupun berlaku kebocoran," menurutnya dalam kenyataan itu.

"Dengan ini ciri 'run-flat' ini, tren dapat bergerak sekurang-kurangnya ke stesen berhampiran, jika berlaku pada tayar pancit. Penumpang juga tidak lagi akan terkandas dalam tren tunggu untuk diselamatkan," katanya.

Rapid Rail merupakan pengendali perkhidmatan tambahan KL Monorel selain Perkhidmatan LRT Prasarana termasuk laluan Ampang dan Kelana Jaya.

Menurut kenyataan itu, tren baharu itu akan diserahkan secara berperingkat ke depot monorel di Brickfield dari kilang di Rawang dengan set terakhir dijadual diserahkan pada Februari 2015.

Menurut Khairani, trend empat gerabak itu dijangka dapat beroperasi sepenuhnhya menjelang suku ketiga tahun ini, selepas ujian dinamik termasuk ujian larian dilakukan ke atas laluan utama ketika di luar waktu operasi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan