Guru Mualaf Diarah Buka Tudung, Pengetua Sekolah Bukan Ahli MCA

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pimpinan MCA Johor menafikan dakwaan bahawa guru yang telah diarahkan supaya membuka tudung di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi dan pengetua sekolah berkenaan merupakan anggota parti.

Ketua Wanita MCA negeri Wong You Fong berkata terdapat 'posting' tersebar di Facebook mendakwa bahawa guru dan pengetua sekolah itu adalah ahli MCA.

"Kami telah memeriksa data kami dengan teliti dan mengesahkan bahawa tidak ada rekod keahlian.

"Kami percaya bahawa pengguna menggunakan satu taktik politik yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej MCA," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau menambah, parti itu mahu menjelaskan isu ini kerana ia boleh membawa kepada ketidakharmonian antara kaum di kalangan penduduk tempatan di sini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pengurusan sekolah telah mengarahkan seorang guru mualaf membuka tudung jika mahu terus mengajar di sana.

'Posting' di Facebook itu mempunyai pelbagai gambar yang membandingkan gambar pengetua (diambil dari laman Facebook beliau) dengan gambar ahli-ahli MCA yang diambil semasa mesyuarat agung tahunan Wanita MCA pada Disember tahun lepas.

Pengguna juga telah menulis bahawa guru berkenaan juga merupakan ahli parti dan mengkritik parti kerana tidak menjaga kebajikan ahli-ahli mereka sendiri.

Posting pada hari Isnin (20 Januari), telah dikongsi lebih 250 kali.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh yang turut hadir pada sidang akhbar itu mencabar pengguna Facebook untuk membuktikan bahawa 'posting' itu adalah benar.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan