Empat Turbin Ditutup Serentak Antara Punca Gangguan Elektrik Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penutupan empat turbin janakuasa gas secara serentak oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) diSepanggar dikenal pasti sebagai punca gangguan elektrik di seluruh Sabah dan Labuan, Jumaat lepas.

Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Abdul Razak Sallim berkata, tindakan IPP berkenaan menyebabkan kapasiti penjanaan menurun kepada 525 megawatt (MW) berbanding permintaan sebanyak 585MW.

Beliau menjelaskan, penuruan kapasiti secara mendadak menyebabkan sistem grid gagal berfungsi.

Abdul Razak berkata, ia adalah hasil siasatan awal oleh jawatankuasa khas yang dibentuk oleh SESB dan dianggotai oleh Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah, untuk menyiasat insiden berkenaan.

"Sebelum kejadian, kapasiti penjanaan ialah 877MW dan permintaan ialah 731MW. Jadi ada margin 146MW. Maknanya sebelum kejadian, grid di Sabah berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota Kabinet negeri di sini, Khamis.

Menurutnya, langkah IPP berkenaan mematikan empat turbin janakuasa gas dalam tempoh 23 saat menyebabkan SESB tidak dapat melakukan pelepasan bebanan seterusnya bagi mengimbangi kapasiti permintaan dan penjanaan pada ketika itu.

"Apabila empat janakuasa di Stesen Janakuasa Salut ditutup secara manual, ia membawa kepada penurunan frekuensi di bawah frekuensi selamat. Pada 11.11 pagi, semua sistem (seluruh Sabah) lumpuh," katanya.

Menurut, Abdul Razak pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan IPP berkenaan bahawa mereka mengambil tindakan tersebut kerana masalah teknikal termasuk 'gas damper' tidak berfungsi dengan baik dan kerosakan lebih teruk boleh berlaku sekiranya tidak dimatikan.

Sementara itu, Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah Nazlin Abd Alim Sidiki, berkata pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan sedang mencari bukti sebelum membuat kesimpulan mengenai punca sebenar gangguan berkenaan.

Katanya, di bawah Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 lesen yang dikeluarkan suruhanjaya kepada semua IPP termasuk SESB boleh ditarik balik sekiranya terbukti penerima lesen gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini pihaknya belum boleh mengatakan bahawa IPP bersalah kerana siasatan masih dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan