Dihalang Masuki Jepun, Anwar Nafi Tuduh Wisma Putra 'Tangan Ghaib'

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain pada sidang media yang diadakan selepas  mesyuarat pimpinan tertinggi PR di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.
Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain pada sidang media yang diadakan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi PR di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau menuduh Wisma Putra sebagai 'tangan ghaib' yang menghalang kemasukannya ke Jepun pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau tetap menuntut penjelasan terperinci daripada Wisma Putra dan pihak berkuasa Jepun berhubung tindakan itu.

"Saya tak pernah cakap (Wisma Putra), saya hanya sebut ada 'tangan ghaib' sebab pegawai Imigresen (Jepun) merujuk kepada laporan terbaharu.

"Jadi sekarang, saya inginkan penjelasan daripada kedua-dua pihak, pihak berkuasa Jepun dan Menteri Luar apakah sebenarnya di sebalik laporan tersembunyi itu, sehingga mereka nafikan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Menurut Anwar, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau berhak untuk mendapatkan penjelasan berhubung halangan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin meminta Anwar mengemukakan bukti terhadap tuduhan bahawa Wisma Putra dalang di sebalik larangan yang dikenakan terhadap beliau.

"Beliau perlu jelaskan apa yang dimaksudkan dengan `tangan ghaib’ masuk campur sehingga dia tidak dibenarkan masuk ke Jepun.

"Rakyat perlu tahu apa yang dimaksudkannya.

"Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia (Anwar) sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," kata Hamzah.

Sementara itu, Anwar turut mempertahankan dirinya berhubung keperluan visa bagi seseorang yang pernah bergelar banduan.

"Sekarang kita pergi Jepun tanpa visa, malah kita telah rujuk kepada pegawai visa di kedutaan bahawa saya nak pergi (Jepun) dan ada apa-apa keperluan yang perlu disediakan, dan pihak mereka kata sudah memenuhi keperluan.

"Saya pergi tahun 2006, pada waktu itu lepas sahaja. Itu kali pertama melalui proses itu dan selesai.

"Dan saya pergi kali ini yang keempat dan terbaharu pada tahun ini, kali ini sahaja tak lepas.

"Bukan saya tak tahu undang-undang itu, saya maklum," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan