DBKL Perkenal Pelekat Khas Untuk Restoran, Kedai Murah

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenalkan sistem pelekat khas untuk restoran, warung dan kedai runcit yang bersih dan menawarkan harga murah bagi memudahkan warga kota membuat pilihan dalam usaha mengurangkan beban kenaikan harga barang.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL kini sedang membuat bancian bagi mengenal pasti restoran dan kedai yang menepati kriteria ditetapkan.

"Langkah ini bagi membantu warga kota menangani beban kenaikan harga barang dengan memilih restoran dan kedai yang murah.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL, di sini Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata pemilihan restoran dan kedai itu bukan dibuat melalui permohonan pemilik perniagaan sebaliknya ia dipilih oleh DBKL sendiri.

"Selepas pelekat berkenaan diberi, restoran dan kedai terbabit akan dipantau oleh DBKL dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan ia (kedai) sentiasa menjual pada harga yang murah," katanya.

Tengku Adnan berkata setakat ini DBKL telah memantau 8,000 restoran manakala kedai lain masih dalam proses pemantauan dan proses agihan pelekat dijangka dimulakan minggu hadapan.

Mengenai penyerahan surat tawaran penyewaan itu, Ahmad Phesal berkata 38,000 pemohon yang layak masih menunggu untuk mendapatkan rumah sewa kos rendah DBKL.

"Hari ini 100 penerima menerima surat tawaran dan ia akan diberikan secara berperingkat dan kita memberi keutamaan kepada ibu tunggal dan warga emas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan