Bayaran Proses Cek 50 Sen Mulai 1 April - ABM

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai bahawa bank-bank komersial akan mengenakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen ke atas pengeluar cek atau penunai cek, berkuat kuasa 1 April, 2014.

Justeru itu, pengeluar atau penunai cek diingatkan supaya memastikan wang dalam akaun mereka mencukupi untuk menampung bayaran pemprosesan cek, kata persatuan itu dalam satu kenyataan Khamis.

"ABM dan bank-bank anggota kami menyokong penuh agenda nasional bagi perpindahan ke bayaran elektronik (e-pembayaran) dan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan e-pembayaran yang merupakan kaedah pemindahan wang dan membuat pembayaran yang cepat, termampu dan mudah," katanya.

Satu siri jelajah ke seluruh negara dan hari terbuka untuk memperkenalkan e-pembayaran, khususnya GIRO Antara Bank, telah diadakan sejak Oktober 2013 dan akan diteruskan hingga Mac 2014.

Siri jelajah itu dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan ABM.

Bagi penjelasan lebih lanjut, ABM telah mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai tentang cara bayaran pemprosesan cek itu dikenakan.

Garis panduan itu boleh didapati di laman sesawang ABM, www.abm.org.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan