ATM Terima Tiga Bas Untuk Dijadikan Bas Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bersalaman dengan anggota tentera pada majlis penyerahan bas Kementerian Kewangan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai bas sekolah di Perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Khamis. Turut sama ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (lima, kiri), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (enam, kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak (lapan, kiri) serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad (sembilan, kiri). -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Khamis menyaksikan majlis penyerahan bas daripada tiga kementerian kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan digunakan sebagai bas sekolah.

Ini selaras dengan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan selain membantu ATM menguruskan pengangkutan sekolah anak-anak melalui kerjasama pelbagai agensi NBOS.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Ismail Ahmad menerima replika kunci bas sebagai simbolik penyerahan tiga bas, masing-masing daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Mereka diwakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Dr Mohd Rasyid Buyong Hamzah.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata seramai 70 anak warga ATM akan menerima manfaat daripada program fasa pertama itu.

"Langkah ini adalah permulaan, di mana selepas ini diharapkan ada lagi kementerian dan agensi yang tampil bagi menyerahkan bas milik mereka untuk penggunaan kementerian dan agensi kerajaan lain yang lebih memerlukan," menurut kenyataan itu yang diedarkan kepada media di lobi Bangunan Perdana Putra.

Sementara itu Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata penyerahan bas itu akan memberi manfaat kepada anak-anak tentera di sekitar Lembah Klang.

"Kita yakin pemberian bas itu mampu memberi khidmat terbaik kepada pelajar terbabit bukan sahaja dari segi pengangkutan malah keselamatan," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan