Salah Urus Kewangan, PAC Akan Panggil Dua Bekas KP Finas

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naguib Razak
Naguib Razak

KUALA LUMPUR: Ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2012, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dalam masa terdekat seorang bekas ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian dan dua bekas ketua pengarah bagi memberi penjelasan mengenai pengurusan kewangan Finas yang "kurang memuaskan".

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mereka yang akan dipanggil ialah Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, bekas KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dan dua bekas pengarah Finas iaitu Datuk Mohd Mahyidin Mustakim dan Mohd Naguib Raza.

Nur Jazlan berkata dalam audit disediakan Ketua Audit Negara dari tahun 2009 hingga 2011, sijil penarafan penyata kewangan badan yang bertanggungjawab menggalak kemajuan perusahaan perfileman negara itu didapati tidak memuaskan.

"Pada 2012, akhirnya Finas mendapat sijil penafian...(ulang)...penafian untuk penyata kewangan mereka dan ini bermakna Jabatan Audit Negara tidak boleh mengesahkan penyata kewangan perbadanan itu.

"Ini merupakan satu kesalahan yang berat dan (antara) kegagalan yang telah dikenal pasti dalam laporan berkenaan ialah dari segi kelemahan kawalan pengurusan, bajet, penerimaan, perbelanjaan dan akaun amanah yang saya rasa merangkumi keseluruhan operasi Finas," katanya. Nur Jazlan bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan KSU KKMM Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi dan Ketua Pengarah Finas Raja Rozaime Raja Dalnish Shah di bangunan Parlimen di sini Rabu.

Beliau berkata PAC juga akan memanggil pegawai Kementerian Kewangan yang bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk tempoh 2009 hingga 2012 bagi memberi penjelasan berhubung isu itu.

"Sebagai wakil Kementerian Kewangan, jika dari awal ada kepincangan dalam pengurusan Finas, (pegawai ini) sepatutnya mengambil tindakan kerana wang Finas ini datang daripada kementerian itu.

"Wakil Kementerian Kewangan ini juga sepatutnya memaklumkan kepada kementerian berkenaan supaya tindakan boleh diambil segera, tetapi ia dibiarkan berlarutan dari 2009 dan akhirnya pada 2012 Jabatan Audit Negara menolak laporan kewangan Finas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan