Pastikan Kesaksamaan Dan Kualiti Dalam Pendidikan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) yang juga Menteri Pendidikan ketika bercakap pada sesi dialog selepas menyampaikan ucapan di Forum Pendidikan Sedunia (EWF) 2014 kali ke-11 di London, Rabu. Forum Pendidikan Sedunia 2014 merupakan perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia yang dihadiri 97 menteri mewakili 100 negara dari 20 hingga 22 Jan. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) yang juga Menteri Pendidikan ketika bercakap pada sesi dialog selepas menyampaikan ucapan di Forum Pendidikan Sedunia (EWF) 2014 kali ke-11 di London, Rabu. Forum Pendidikan Sedunia 2014 merupakan perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia yang dihadiri 97 menteri mewakili 100 negara dari 20 hingga 22 Jan. -fotoBERNAMA

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua negara memberi tumpuan dalam memastikan kesaksamaan dan kualiti dalam pendidikan dari tahap asas hingga pengajian tinggi.

Beliau berkata dasar dan strategi pendidikan perlu saksama dan inklusif supaya sampai kepada kumpulan terpinggir, termasuk kanak-kanak kelainan upaya dan juga memastikan ia memenuhi keperluan semua kanak-kanak.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan Malaysia berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum Pendidikan Sedunia 2014, di sini, Rabu. Forum itu, perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia, diwakili oleh 100 negara.

Muhyiddin berkata pendidikan merupakan hak asasi dan walaupun terdapat peningkatan dalam pendaftaran pelajar ke sekolah sejak 2000, 57 juta kanak-kanak masih memerlukan pendidikan, dan dua pertiga orang dewasa yang buta huruf adalah wanita.

Katanya negara-negara perlu keluar daripada sekadar memenuhi keperluan tradisional untuk memperoleh kemahiran asas dalam membaca dan mengira, dan hasil daripada pembelajaran sepatutnya mampu memupuk cara berfikir warganegara global.

Beliau berkata dasar pendidikan Malaysia dibina atas objektif ini bagi memupuk individu-individu serba boleh.

"Bagi Malaysia, sebagai sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama, kami melaksanakan ini untuk mengimbangi impak pendidikan yang lebih sekular.

"Ia menunjukkan pada ketika itu bahawa 'hasil pembelajaran' juga memerlukan ukuran dan kayu pengukur baharu, untuk melengkapi penandaaras antarabangsa yang lebih konvensional seperti TIMSS (Trend Dalam Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa) dan PISA (Program Bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa).

Muhyiddin turut menyentuh mengenai pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 di Malaysia yang menurutnya Malaysia, sejak merdeka telah mencatat kemajuan besar dalam pelbagai aspek pembangunan termasuk pendidikan.

Bagaimanapun, katanya untuk selaras dengan perkembangan di peringkat global selepas 2015, ia memerlukan cara berfikir, budaya kerja, sikap dan pengurusan organisasi yang berbeza.

Muhyiddin juga berkata kerajaan telah membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyediakan pelan komprehensif bagi memastikan transformasi sistem pendidikan Malaysia secara mampan untuk dekad akan datang.

Bagi pengajian tinggi, Menteri Pendidikan itu berkata warga pendidik akan memupuk budaya penyelidikan dan pada masa yang sama melahirkan penyelidik cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing.

Semasa di sini, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom untuk menghadiri forum ini, juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin persatuan-persatuan penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK dan Ireland, serta menghadiri mesyuarat sambil bersarapan dengan anggota Kelab Umno London.

Muhyiddin dijadual berlepas pulang ke tanah air pada Rabu (22 Januari). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan