Norita Patut Ambil Tindakan Undang-Undang Kerana Digugur Dari PKNS - MTUC

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norita Mohd Sidek.
Norita Mohd Sidek.

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan supaya Setiausaha Eksekutif Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan pertukaran beliau ke pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, Norita tidak sepatutnya diberikan hukuman sebegitu sambil menambah bahawa adalah salah untuk menggugurkan seseorang itu daripada tugasnya sebelum melalui proses siasatan.

"Jika Norita mahu, dia boleh bawa perkara ini ke mahkamah kerana adalah ianya adalah salah jika mengikut undang-undang," katanya selepas menyerahkan sokongan kepada seorang wakil PKNS di sini, Rabu.

Beliau ditemani oleh Setiausaha PKR Selangor, Amiruddin Shaari dan bekas Ahli Parlimen Kapar-PKR, S. Manikavasagam.

Pada 20 Januari lalu, dilaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Norita telah digugurkan jawatan mereka di syarikat itu.

Beliau berkata, pengguguran itu bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kontroversi menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan