Laporan Insiden Babitkan 11 Pelatih Komando Di Melaka Siap Minggu Depan

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan penyiasatan berhubung insiden kehilangan 11 pelatih kursus asas komando dan dua jurulatih ketika menjalani latihan di laut pada 7 Disember lalu yang kemudiannya dijumpai, akan siap pada minggu hadapan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata walau bagaimanapun hasil laporan tidak akan dimaklumkan kepada orang awam dan bergantung kepada keperluan semasa untuk dihebahkan.

"Kalau melibatkan 'public interest' saya akan maklumkan," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma Pertahanan di sini Selasa.

Menurutnya laporan itu merupakan laporan prestasi dan hanya di peringkat tentera darat yang mengandungi perkara seperti bagaimana kejadian itu berlaku, tahap keselamatan serta aspek yang perlu diperkemaskan dalam tatacara pelaksanaan latihan.

"Tentera Darat memandang serius perkara yang berlaku sebelum ini dan akan membuat penyiasatan sewajarnya terhadap perkara tersebut," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam 7 Disember lalu sebuah daripada tiga bot yang membawa dua pegawai dan 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang bagi menjalani latihan mendayung dikhuatiri karam selepas gagal mendarat bersama kumpulan lain di Pulau Upeh, Melaka.

Kesemua mereka bagaimanapun ditemui selamat namun berada dalam keadaan lemah kira-kira 1.30 pagi pada 9 Disember di pesisiran Pengkalan Perigi, Melaka kira-kira 12km dari lokasi kejadian.

Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris bertarikh 17 Januari telah menulis laporan bertajuk 'Heroes or Zeroes' hingga menyebabkan Raja Mohamed Affandi mengeluarkan kenyataannya pada Selasa.

"Tentera Darat akan mengambil tindakan susulan sesuai dengan hasil yang diperolehi daripada Lembaga Siasatan berkenaan,".

"Sehingga keputusan Lembaga Siasatan diperolehi, saya berharap insiden ini tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan kredibiliti Tentera Darat," menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau memaklumkan Tentera Darat akan meraikan ulang tahun ke-81 penubuhannya yang akan diadakan di Port Dickon pada Mac depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan