KPWKM Tunggu Lampu Hijau Hantar Pegawai Bantu Pasangan Di Sweden

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia untuk ke Sweden sekiranya mereka diperlukan bagi membantu keluarga pasangan rakyat Malaysia yang ditahan kerana didakwa memukul salah seorang daripada anak mereka.

"Kita sedang menunggu lampu hijau daripada kedua-dua pihak Wisma Putra dan Kedutaan Sweden. Sebaik sahaja dapat lampu hijau, dua pegawai kita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dihantar untuk memberi bantuan," kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Selasa.

Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lalu dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi. Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tanganseorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial Swedensejak ibu bapa mereka ditahan.

Rohani berkata, beliau bersimpati dengan keadaan yang menimpa keluarga itu tetapi katanya bahawa Kerajaan Malaysia perlu berhati-hati kerana perkara tersebut di bawah undang-undang Sweden.

"Bagi kita, kebajikan kanak-kanak merupakan perkara yang paling penting. Jika pegawai kita dibenarkan untuk membantu, kita akan menjaga kebajikan kanak-kanak itu, dan cuba untuk membawa mereka semula di bawah jagaan ibu bapa mereka," tambahnya.

Dalam sidang media yang berasingan, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa Kerajaan untuk menghantar wakil ke Sweden untuk memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.

"Terdapat banyak pihak yang berharap untuk membantu keluarga itu maka adalah baik bagi menubuhkan satu jawatankuasa dalam mengendalikan isu ini," katanya.“

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan