KPDNKK Sedia Portal 1Pengguna Semak Harga Barang Setiap Hari - Berita Semasa | mStar

KPDNKK Sedia Portal 1Pengguna Semak Harga Barang Setiap Hari

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh menggunakan perkhidmatan semakan harga barang di pasaran setiap hari melalui portal khas www.1pengguna.com yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi merancang perbelanjaan harian.

Antara harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari.

Berdasarkan kepada senarai harga barang di Selangor yang dikeluarkan portal berkenaan pada Rabu, harga ayam bersih standard dijual antara RM5.99 hingga RM8.50 sekilo di pasaraya besar manakala ayam hidup antara RM5.20 hingga RM7.30 di semua pasar basah.

Harga bawang putih antara RM2.20 hingga RM9 sekilo manakala bendi antara RM3.20 hingga RM15.90 sekilo di pasaraya besar dan pasar basah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut portal itu, cili hijau dijual antara RM7 hingga RM15 sekilo di pasar basah seluruh Johor manakala cili merah antara RM7.90 hingga RM23 sekilo di pasar raya besar dan pasar basah negeri itu.

Bagi kangkung pula, harga seikat kira-kira 250 gram dijual antara 38 sen hingga RM2 di pasaraya dan pasar basah seluruh Pulau Pinang manakala tomato antara RM1.90 hingga RM7 sekilo di pasaraya dan pasar basah seluruh Perak.

Melalui portal 1pengguna juga, orang ramai boleh mengemukakan aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak dan tidak mengikut harga yang ditetapkan melalui hotline KPDNKK: 1800-886-800 atau mengisi borang aduan yang disediakan menerusi portal itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan