Kes Pasangan Sweden: Usaha Diplomatik Sekarang Mencukupi - Anifah

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah-langkah diplomatik oleh Kedutaan Malaysia di Sweden sekarang adalah mencukupi bagi membantu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.

"Kita menghormati undang-undang Sweden dan kita tidak mahu memburukkan keadaan tetapi percayalah kami sedang melakukan segala mungkin untuk membantu keluarga itu," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata paling utama ialah kebajikan anak-anak terbabit.

"Pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia telah mengunjungi anak-anak berkenaaan dan ibu bapa mereka," kata beliau selepas pertemuan dengan Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar, Rabu.

Pasangan tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti di negara itu, telah ditahan reman sejak 18 Dis. bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Keempat-empat anak mereka kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan