Kerajaan Kelantan Akan Teruskan Pembinaan Lebuhraya Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan akan meneruskan semula pembinaan Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat yang terbengkalai sejak Mei 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata projek tersebut akan dilakukan secepat mungkin secara berperingkat.

"Pada fasa pertama ini kita akan mulakan dari Kuala Krai ke Machang yang melibatkan sejauh 30 kilometer dan sekarang dalam proses mencari tender," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan Kelantan di sini Rabu.

Beliau berkata setakat ini terdapat 15 syarikat yang berminat untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya berkenaan.

"15 syarikat dah hantar untuk terlibat dalam projek ini. Kita akan gazetkan tanah dan panggil pemilik untuk perbincangan," katanya.

Perasmian majlis pecah tanah bagi pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai itu diadakan di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, pada 28 Mei 2012 oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebuhraya Rakyat itu merupakan ilham bekas Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer bernilai RM1.8 bilion yang hendak dibangunkan oleh kerajaan PAS Kelantan itu pernah menimbulkan pelbagai polemik termasuk isu rakyat negeri itu diminta tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan laluan yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.

Sehingga Jun tahun lepas, lebih RM2 juta disumbangkan pelbagai pihak bagi mengisi dana pembinaan lebuh raya berkenaan.

Kerajaan negeri menyasarkan dana dapat dikumpul sehingga RM50 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan