Isu PKNS: MB Batal Sidang Media, Exco Retreat Luar Shah Alam

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika semua pihak menantikan perkembangan terbaharu kontroversi pemecatan Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula mengambil keputusan membatalkan sidang media yang dijadual diadakan petang Rabu.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor pada tengah hari Rabu mengesahkan pembatalan sidang akhbar khas tersebut yang kebiasaannya diadakan selepas mesyuarat exco di Bangunan SUK di Shah Alam.

mStar Online difahamkan Abdul Khalid hanya akan 'menjawab' pelbagai persoalan mengenai kontroversi pemecatan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan ahkbar.

Difahamkan juga Abdul Khalid dan barisan exconya 'melarikan diri' dengan mengadakan mesyuarat di luar Shah Alam dan ia bukan seperti kebiasaannya.

"Exco adakan retreat di luar Shah Alam," kata sumber itu ringkas.

Mesyuarat exco hari dijangka membincangkan secara khusus dan membongkar dalang disebalika kontroversi pemecatan Mohamed Azmin.

Abdul Khalid pada Selasa dilaporkan berjanji sedia mendedahkan kepada umum semua dokumen termasuk minit mesyuarat berkaitan.

Pendedahan minit mesyuarat itu juga dilihat sebagai usaha Menteri Besar, untuk melepaskan diri daripada terus dikaitkan dengan dakwaan kononnya beliau bertanggungjawab menyingkirkan Timbalan Presiden PKR terbabit daripada agensi berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan