Diskaun Kompaun RM30 Sempena Hari Wilayah

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi diskaun kompaun RM30 bagi kesalahan trafik sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pemberian diskaun itu akan berkuatkuasa mulai 1 Februari hingga 8 Mac 2014.

Selain itu katanya, sepanjang bulan Februari warga kota juga berpeluang menggunakan semua kemudahan sukan DBKL secara percuma termasuk gelanggang futsal, tenis, badminton, sepak takraw dan kolam renang.

"Bagi menambah seri acara, yuran pendaftaran ahli Perpustakaan Kuala Lumpur dan 'boat ride' di Taman Tasik Titiwangsa juga akan diberikan secara percuma sepanjang bulan Feb," katanya selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Bangunan DBKL di sini, Rabu.

Ahmad Phesal berkata sebanyak 2,700 bendera Wilayah Persekutuan dipasang di kuarters DBKL selain 4,000 bendera dipasang di jalan-jalan utama dan 8,000 bendera diagih kepada badan bukan kerajaan, pusat penjaja dan agensi kerajaan.

Bertemakan 'Wilayah Persekutuan Ceria', pelbagai acara menarik telah diatur bagi menjamin kemeriahan sambutan walaupun dengan peruntukan yang lebih kecil berbanding tahun lepas.

Antara program yang disusun ialah majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat, Kenduri 1 Wilayah yang menggabungkan penduduk di perumahan awam, majlis bacaan doa dan tahlil dan forum perdana selain kempen kibar bendera, katanya.

Sempena sambutan kali ke-40 Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini, Ahmad Phesal berharap semangat muhibah dan harmoni antara warganya akan terus dipelihara.

Selaras dengan misi untuk memajukan bandar raya Kuala Lumpur ke tahap tertinggi, Ahmad Phesal berkata DBKL akan memberi lebih tumpuan kepada sistem pengurusan dan penyelenggaraan, termasuk meningkatkan kemudahan di sekitar ibu kota dengan mengambil kira pandangan ramai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan