'Delima Raja Urat' Mengandungi Bahan Terlarang - Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan produk tradisional 'Delima Raja Urat' kerana didapati mengandungi racun berbahaya iaitu dexamethasone.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A Rahman berkata berdasarkan label pada produk, ia diguna untuk sakit urat, sakit pinggang, lenguh sendir tulang, sakit lutut, kebas kaki tangan, gout, lemah tenaga dan letih lesu.

Namun, beliau berkata hasil ujian Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

"Dexamethasone adalah agen anti radang yang poten dan biasa digunakan dalam rawatan alergi dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

"BPFK telah menerima dua laporan kesan advers yang melibatkan produk Delima Raja Urat dan kesan advers yang dilaporkan ialah urticaria, vasculitic rash dan Addisonian crisis," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Eisah berkata penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

"Pesakit juga boleh mengalami 'Cushing's syndrome' yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil," katanya.

Eisah menasihatkan mereka yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta.

Beliau juga menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk Delima Raja Urat supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan.

"Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit," katanya.

Eisah turut menasihatkan pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) agar tidak menggunakan produk tidak berdaftar seperti itu yang berkemungkinan dicampur dengan bahan terlarang kortikosteroid kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-7833 5400 atau melayari laman web www.bpfk.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan