DBKL Beri Tempoh Dua Tahun Roboh Baki Lima Flat Pekeliling - Berita Semasa | mStar

DBKL Beri Tempoh Dua Tahun Roboh Baki Lima Flat Pekeliling

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan tempoh dua tahun untuk merobohkan baki lima daripada sembilan blok Flat Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia bagi menyegerakan projek pembangunan semula di kawasan itu yang meliputi pembangunan campuran termasuk blok kediaman dan perniagaan.

"Proses perobohan flat tersebut secara berperingkat akan menggunakan kren dan jentera dari bahagian atas kerana strukturnya lebih sesuai begitu berbanding menggunakan kaedah letupan dan ia hanya akan memberikan kesan minimal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Fasa kedua perobohan flat itu dijadualkan bermula Rabu selepas perobohan fasa pertama pada 2005.

Flat yang mula diduduki pada 1969 dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) itu merupakan rumah pangsa kedua selepas Perumahan Awam Razak Mansion di Sungai Besi bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Ahmad Phesal berkata, bengkel DBKL yang menempatkan trak dan lori yang sebahagiannya memasuki kawasan pembangunan juga perlu berpindah ke tapak baharu di Cheras Julai ini.

Menjawab sama ada rumah mampu milik akan turut dibina dalam projek pembangunan itu, Ahmad Phesal berkata, setakat ini masih belum ada sebarang keputusan mengenainya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan