Dalang Pemecatan Azmin Didedah Petang Ini

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalang disebalik pemecatan Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangkan dapat dibongkar pada Rabu selepas minit mesyuarat exco negeri berhubung konflik berkenan didedahkan kepada umum.

Pendedahan minit mesyuarat itu juga dilihat sebagai usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melepaskan diri daripada terus dikaitkan dengan dakwaan kononnya beliau bertanggungjawab menyingkirkan Timbalan Presiden PKR itu daripada agensi berkenaan.

Abdul Khalid dijangka akan mengadakan sidang media khas bertujuan mendedahkan semua dokumen berkaitan konflik pemecatan Mohamed Azmin selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK di Shah Alam tengah hari Rabu.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pada Selasa berkata, isu berhubung kontroversi pemecatan Mohamed Azmin merupakan agenda penting yang bakal dibincangkan menerusi mesyuarat berkenaan.

Selain memberi ruang kepada Abdul Khalid untuk 'lepas tangan', pendedahan minit mesyuarat dan dokomen berkaitan juga dilihat penting bagi menghantar isyarat kepada rakyat bahawa hukuman serta merta ke atas dua pegawai tinggi PKNS yang berada di tengah-tengah kontroversi ini adalah tepat.

Hingga kini kerajaan negeri dan PKNS saling menunding jari mengenai pemecatan Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

Pemecatan Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Januari lepas menjadi kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan pengguguran itu dilakukan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.

Kenyataan Menteri Besar itu dinafikan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang berkata kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS terletak di tangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid dan bukan Othman selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Ekoran itu, Othman dan Norita digantung tugas masing-masing dan kini ditukarkan sementara ke Ibu Pejabat SUK sehingga siasatan dalaman selesai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan