BAS Sekolah Mungkin Dibenar Pamer Iklan - SPAD

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Hamid Albar. - Foto LOW BOON TAT/The Star
Syed Hamid Albar. - Foto LOW BOON TAT/The Star

KUALA LUMPUR: Bas sekolah mungkin dibenarkan menjadi ruang mempamer iklan dalam tempoh terdekat, membolehkan pengendali bas untuk memperoleh pendapatan tambahan dan membantu menyederhanakan sebarang kenaikan tambang, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, suruhanjaya itu sedang melihat perkara itu supaya pengendali bas terbabit tidak meningkatkan kadar tambang sesuka hati.

"Kami sedang meneliti untuk membenarkan mereka mempamerkan iklan di bas sekolah dan bas tersebut digunakan sebagai bas pengantara bagi membolehkan pengendali memperoleh pendapatan tambahan," katanya kepada pemberita di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Kesedaran dan Pematuhan Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal kemudiannya mengesahkan suruhanjaya itu sedang mengendalikan idea itu dalam program perintis.

Beliau berkata, bergantung kepada keputusan program tersebut, rancangan itu mungkin akan berkuatkuasa pada penghujung suku pertama tahun ini.

Segelintir pengendali bas sekolah telah menaikkan kadar tambang, berikutan kenaikan kos operasi baru-baru ini.

Tindakan itu menyebabkan sekumpulan ibu bapa mengadu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk tambang pengangkutan anak-anak mereka.

Buat masa ini, bas sekolah tiada ruang untuk pengiklanan di casis bas tersebut dan hanya dibenarkan dengan cat latar belakang berwarna oren dan tulisan berwarna hitam.

Kadar tambang bas sekolah baru akan diumumkan pada Mac tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan