Bapa Datuk Dr Mashitah Ibrahim Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mashitah Ibrahim
Mashitah Ibrahim

ALOR SETAR: Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam Selasa.

Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada pukul 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary di sini pada pukul 10.30 pagi ini. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Mohammed, 78, dan lima anak.

Mashitah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Baling berkata sebelum dimasukkan ke hospital pada 25 Disember lepas, bapanya banyak memberi pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi mempertahankan agama Islam.

"Sebelum ayah tidak sedarkan diri, arwah banyak beri kata-kata perangsang pada saya supaya meneruskan perjuangan dalam bidang yang diceburi mengikut landasan agama.

"Arwah merupakan seorang bekas guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi, jadi sejak kecil lagi saya sudah dididik untuk menjadi pejuang sama seperti arwah," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata sepanjang tempoh arwah berada di hospital, beliau sentiasa berada di sisi bagi menjaganya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan