Risda Sasar RM4,000 Pendapatan Penoreh Getah Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan pendapatan RM4,000 sebulan untuk setiap keluarga penoreh getah di seluruh negara bagi meningkat produktiviti industri getah menjelang tahun 2020.

Pengerusi dan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata ia bertujuan menggalakan minat generasi muda menceburi bidang perusahaan getah selain memperkasakan komuniti dengan mewujudkan lebih ramai usahawan komuniti getah Risda.

Beliau berkata sasaran pendapatan itu juga akan melenyapkan persepsi negatif orang ramai terutama generasi muda terhadap industri getah, yang menganggap ia hanya memberikan pendapatan yang tidak lumayan.

"Biasanya, industri ini dilihat sebagai tidak glamour, gaji rendah, teknologi rendah dan pendapatan sikit.

"Jadi, kami perlu baiki persepsi itu kerana ingin menarik lebih ramai golongan belia supaya industri ini diminati mereka," katanya ketika menyampaikan Pengurusan Risda 2014 kepada warga Risda di ibu pejabat Risda di sini Selasa.

Beliau berkata Risda pada tahun ini akan menjadikan industri getah sebagai industri berpendapatan tinggi yang menggunakan teknologi canggih dengan mengukuhkan kecekapan proses kerja melalui aplikasi atas talian.

"Sebagai permulaan, Risda akan mengadakan Kempen Mari Menoreh di Perak pada bulan hadapan bagi meningkatkan serta mengukuhkan pendapatan serta produktiviti industri dan negara," katanya.

Wan Mohamad Zuki berkata kempen itu juga bertujuan mengajar pihak yang mempunyai pokok getah yang matang (empat setengah tahun sehingga 25 tahun) mengenai teknik menoreh yang betul serta mengenal pasti usia pokok getah yang boleh ditoreh agar tidak berlaku pembaziran susu getah.

Dalam pada itu, beliau berkata Risda juga akan memperkasakan produktivi pekebun kecil getah supaya mencapai 2,000 kilogram susu getah menjelang akhir tahun 2020, serta membawa peningkatan 10 peratus produktiviti getah setiap tahun.

Industri getah negara berada pada tahap yang memuaskan tahun lepas dengan sumbangan RM36.4 bilion kepada pendapatan eksport negara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan