NAP 2014 Peruntuk RM75 Juta Untuk Tingkatkan Daya Saing Syarikat Bumiputera

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 menyediakan peruntukan sebanyak RM75 juta untuk pembangunan teknologi, modal insan dan rantaian bekalan bagi tempoh 2014 hingga 2019.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyediaan dana ini bertujuan meningkatkan lagi daya saing syarikat Bumiputera dalam industri automotif.

Semasa mengumumkan NAP 2014 di sini Isnin, Mustapa berkata pemantauan berterusan akan dijalankan ke atas syarikat pengeluar kenderaan serta pihak yang terlibat dalam sektor pembuatan dan lepas jualan untuk memastikan penglibatan yang berkesan oleh syarikat Bumiputera.

Beliau berkata kerajaan menerusi NAP 2014 juga akan meneruskan sokongan kepada syarikat pengeluar kenderaan nasional sedia ada.

Sokongan yang akan diberi termasuk dalam aktiviti peluasan pasaran, peningkatan produktiviti serta kualiti, pengurangan kos dan pembangunan rantaian bekalan berdasarkan pelan transformasi syarikat masing-masing yang selari dengan objektif projek nasional.

NAP 2014 akan turut melibatkan dasar-dasar bagi memperkasa ekonomi Bumiputera yang seiring dengan usaha merealisasikan objektif untuk menghasilkan usahawan Bumiputera yang lebih berdaya saing sekaligus menembusi pasaran antarabangsa, kata Mustapa. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan