Minit Mesyuarat Berkaitan Isu Pemecatan Azmin Akan Didedah - MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pada Selasa beliau bersetuju untuk mendedahkan minit mesyuarat exco negeri yang ada kaitan dengan isu pemecatan Azmin Ali dari lembaga pengarah PKNS kepada umum atas faktor ketelusan.

"Pagi tadi (Selasa) saya telah minta Setiausaha Kerja saya untuk menyenaraikan dokumen-dokumen berkaitan, saya sebagai Menteri Besar bagi kuasa sebarkan minit mesyuarat ini. Boleh jadi hari ini (Selasa) atau esok (Rabu) melalui kenyataan akhbar atau e-mel," tambahnya.

Beliau berkata kes itu juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International untuk meneliti semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, Pengurus Besar serta Setiausaha Kerja PKNS bagi tujuan siasatan, sekiranya terdapat elemen penyelewengan.

"Kes Pengurus Besar PKNS ini melibatkan isu integriti sebab ada surat-surat yang diculik serta dipertikaikan dari tanggungjawab beliau dan beliau juga tidak terima arahan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan getah Top Glove di sini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menegaskan beliau tidak menandatangani surat pelucutan jawatan Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Yang berhak untuk membuat keputusan itu adalah Menteri Besar, so sekiranya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju, surat pelantikan dan surat meminta peletakan jawatan mesti ditandatangani Menteri Besar.

"Pengurus Besar (PKNS) (Othman Omar) tidak boleh tulis surat (pelantikan dan peletakan jawatan). Yang boleh tandatangan surat itu selain Menteri Besar adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Muhammad Khusrin Munawi) selaku Timbalan Pengerusi PKNS," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuat keputusan untuk menggantung tugas Othman dan Setiausaha Kerja (PKNS) Norita Mohd Sidek yang telah ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa semalam sehingga kes itu selesai disiasat.

Katanya tempat Othman itu kini dipangku oleh Azlan Md Alifiah, yang juga Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

"Sementara itu kedua mereka (Othman dan Norita) tidak memegang apa-apa jawatan dan berada di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri. Mereka ini jawatan sahaja kita gantung tetapi mempunyai gaji serupa macam dahulu (sebelum digantung)," jelasnya.

Penggantungan mereka adalah sehingga selesai siasatan dijangka selepas Tahun Baharu Cina, sebelum sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka diputuskan, katanya.

Pemecatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Januari lepas menjadi kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan menggugurkan Timbalan Presiden PKR itu dilakukan Othman dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) hanya bersetuju dengan perkara itu.

Kenyataan Menteri Besar itu dinafikan oleh Norita yang berkata kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS terletak di tangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid dan bukan Othman selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan