MCA Bidas Pembangkang Tuduh Putrajaya Punca Anwar Dilarang Masuk Jepun

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA pada Selasa menyifatkan sebagai tidak munasabah tuduhan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Putrajaya mempengaruhi kerajaan Jepun supaya menghalang kemasukannya ke negara itu.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas MCA mengenai Isu-isu Antarabangsa Dr Toh Kian Kok berkata tindakan Ketua Biro Perundangan PKR Latheefa Koya yang berkeras mahukan Putrajaya meminta kerajaan Jepun membatalkan larangan itu dan memohon maaf kepada Anwar, juga boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

"Adakah kerajaan Malaysia mempunyai banyak masa terluang untuk memaklumkan kepada lebih 100 buah negara di dnia ini mengenai rekod setiap individu yang disabitkan oleh badan kehakiman atau disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah di Malaysia?

"Kecuali maklumat sedemikian diminta oleh pihak Interpol (Polis Antarabangsa) atau negara-negara yang membuat permohonan ekstradisi, ia amat tidak munasabah bagi Pakatan untuk secara metaforanya mendakwa kononnya Putrajaya adalah tangan yang tersembunyi di sebalik larangan kemasukan Anwar ke Jepun," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Anwar dilarang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan beliau diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan