Laut Bergelora: Operasi Bot Ekspres Dihenti Sementara

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Operasi bot ekspres bagi laluan Kuching-Sarikei-Sibu dihentikan sementara mulai Selasa berikutan cuaca buruk dan laut bergelora.

Jurucakap Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berkata laluan antara Muara Tebas, Kuala Rajang dan Tanjung Po juga ditutup kerana ramalan angin kencang dan laut bergelora.

"Operasi ini dihentikan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata jurucakap LSS.

Menurutnya Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan angin akan bertiup kencang antara 40 hingga 60km sejam dengan lambungan ombak setinggi tiga meter sehingga Jumaat ini.

"Keadaan ini terlalu berbahaya untuk bot kecil dan bot ekspres. Dalam bulan ini sahaja, sudah 14 nyawa terkorban dalam tragedi bot karam di perairan negeri ini dan kita tidak mahu tragedi sama berulang," katanya.

Beliau merujuk kepada tragedi bot panjang, yang membawa 27 orang yang pulang dari majlis perkahwinan, terbalik di Batang Lassa dekat Kampung Kut di Daro Sabtu lepas.

Menurutnya semua pengusaha bot penumpang telah dimaklum mengenai perkara itu dan diarah menghentikan operasi masing-masig buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap LSS itu berkata operasi bot ekspres bagi laluan berkenaan akan disambung semula selepas laut kembali tenang.

"Pemberhentian operasi ini akan menyukarkan penumpang yang hendak pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baharu Cina tetapi demi keselamatan penumpang, kami terpaksa hentikan operasi ini buat sementara," katanya.

Beliau berkata LSS juga akan melancarkan Operasi Tahun Baharu Cina di semua laluan bot ekspres di negeri ini bagi memastikan keselamatan penumpang.

Operasi dua fasa itu dari 28 hingga 30 Januari dan fasa kedua dari 3 hingga 4 Februari akan disertai 150 anggota penguatkuasa LSS yang antara lain mahu memastikan bot penumpang tidak membawa lebih muatan, penumpang memakai jaket keselamatan dan penumpang membeli tiket. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan