Ketua AMK: Saingan Proksi Azmin-Khalid

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

PETALING JAYA: Perebutan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan parti itu kali ini dijangka menyaksikan saingan antara kem Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimana masih bermain teka-teki mengenai hasratnya untuk bertanding ataupun tidak.

"Pertama sekali saya belum membuat keputusan untuk bertanding. Harap semua dapat tunggu sehingga pengumuman seterusnya daripada saya dibuat," katanya kepada The Star Online.

Walaupun begitu, sudah kedengaran bahawa Timbalan Speaker DUN Selangor itu memberitahu penyokongnya mengenai hasrat untuk mengetuai AMK.

Sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan berkenaan, ahli politik muda berusia 32 tahun itu bakal berhadapan dengan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Tidak seperti Nik Nazmi, Amirudin lebih awal secara terbuka menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua AMK.

Ironinya, Nik Nazmi dan Amirudin kedua-duanya dilihat berada dalam kem Abdul Khalid dan Mohamed Azmin.

Nik Nazmi memulakan kerjaya politiknya sebagai Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid selepas menang kali pertama di DUN Seri Setia pada 2008 hingga 2010.

Laluan politiknya dilihat bergerak pantas apabila beliau kini menjadi Timbalan Speaker DUN termuda yang pernah dilantik.

Bagi Amirudin, hubungannya dengan Mohamed Azmin tidak boleh dinafikan lagi.

Mohamed Azmin merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor dan Ketua Cabang Gombak sementara Amirudin adalah Setiausaha MPN Selangor dan timbalan ketua cabang Gombak.

Oleh yang demikian beliau mempunyai sebab untuk membantah penyingkiran Mohamed Azmin daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan menjadi pengikut setia kepada Abdul Khalid dan Mohamed Azmin.

"Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ingat mengenai apa yang saya pernah katakan atau lakukan.

"Pada pemilihan parti 2010, saya bersama Adun lain memberi sokongan kepada Azmin (bertanding jawatan Timbalan Presiden)," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan