Kerajaan Selangor Tidak Pernah Arah PKNS Tarik Balik Surat Pemecatan Azmin

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi pada Selasa berkata Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menarik balik surat penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin Ali selaku Anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini berhubung surat bertarikh 16 Januari lepas yang dihantar oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang mendakwa Kerajaan Selangor telah mengarahkan supaya surat bertarikh 8 Januari yang menamatkan perkhidmatan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu ditarik semula dan dianggap terbatal.

"Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar. Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengarahkan PKNS supaya menarik semula surat penamatan perkhidmatan YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang bertarikh 8 Januari 2014," katanya.

Mohammed Khusrin berkata isu ini akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu.

Pihak pengurusan PKNS juga telah diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, katanya.

Sementara itu, beliau berkata siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Pengurus Besar PKNS dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu ini.

"Saya meminta kepada semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berkenaan isu ini sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan