Kerajaan Sasar 11 Peratus Penggunaan Tenaga Boleh Baharu Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kerajaan menyasarkan kira-kira 11 peratus penggunaan tenaga boleh baharu digunakan oleh orang ramai dan industri menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pada masa ini sebanyak 1.5 peratus tenaga tersebut yang dijana menerusi tenaga solar, biogas dan biomass (sisa kelapa sawit) digunakan dalam negara.

Peratusannya diharap dapat ditingkatkan setiap tahun dan pengusaha tenaga boleh baharu yang terdiri daripada individu atau syarikat boleh mendapat bantuan daripada kerajaan persekutuan yang bertindak sebagai fasilitor dan menyediakan kemudahan pinjaman.

"Bagi pembelian panel solar, mereka boleh melakukan pinjaman di bank yang mengambil bahagian dan kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadar faedah pinjaman itu, " katanya kepada pemberita selepas mesyuarat cadangan Pembinaan Rumah Generasi Kedua Felda di Felda Lubok Merbau dekat sini, Selasa.

Anggota Parlimen Padang Terap itu berkata setakat ini, negara hanya menggunakan 862.4 mega watt (MW) sahaja untuk tenaga tersebut, tidak termasuk kuasa hidro besar yang menyumbang 3,281 MW.

Mahdzir berkata pelaksanaan sistem skim galakan atau Feed-in Tariff (FiT) pada Disember 2012 mendapat permintaan daripada masyarakat iaitu sebanyak 2,760 permohonan diterima untuk menghasilkan tenaga tersebut dengan kuota 536 MW sahaja.

"Bagi meningkatkan tahap efektif dan efisen FIT pihak kementerian merancang untuk memperkenalkan mekanisme lain termasuk pembidaan lebih kompetitif dan Standard Portfolio Boleh Baharu (RPS)," katanya.

Beliau berkata kerajaan persekutuan bercadang untuk meneroka lebih banyak tenaga boleh baharu lain seperti teknologi geothermal serta teknologi laut thermal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan