Isu Kangkung: DAP Minta Adun Machang Bubuk Minta Maaf

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon mempertimbangkan permohonan berikutan 'flash mob' berkenaan isu kangkung yang diadakan.

Dalam kenyataan pada Selasa, Lim berkata, Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf, " terutamanya kepada mereka yang tersinggug dan sensitif dengan isu itu termasuk saya sendiri," katanya.

"Satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan adalah tiada pihak akan mencari alasan untuk memutarbelitkan keadaan sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang boleh mencetuskan 13 Mei kedua di negara ini," katanya.

Menurutnya, keyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 'flash mob' kangkung bukan isu besar adalah benar jika dibandingkan dengan tarian punggung di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.

"Tarian punggung lebih buruk jika dibandingkan dengan 'flash mob' kangkung tetapi Umno tidak pula tampil menentang dan mengutuk tindakan itu.

"Lee perlu memohon maaf berikutan insiden itu dan saya berharap satu persefahaman baik akan wujud dikalangan ahli politik dan aktivitis supaya semua pihak menghormati sensitiviti antara agama, bangsa, budaya serta politik," katanya.

Sementara itu, Lee ketika dihubungi memohon agar semua pihak memberi sedikit masa kepadanya untuk berfikir berhubung permintaan yang dibuat oleh Lim Kit Siang itu.

Lagi pun katanya, dia masih belum berkesempatan untuk melihat kenyataan Lim sepenuhnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan