44 Pelajar Malaysia Ikuti Program YES Di AS

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 44 pelajar Malaysia akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) malam Selasa bagi mengikuti Program Pertukaran dan Pengajian Belia Kennedy-Lugar (YES) selama enam bulan.

Sepanjang tempoh itu, semua pelajar berkenaan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, akan tinggal bersama-sama keluarga angkat, belajar di sekolah tinggi, menyertai aktiviti bagi mempelajari tentang masyarakat dan nilai-nilai AS selain menyalurkan maklumat mengenai Malaysia dan budayanya kepada rakyat negara itu.

Duta Besar AS di Malaysia Joseph Y.Yun, yang mengucapkan selamat jalan kepada para pelajar itu di kedutaan itu di sini hari ini, menasihatkan mereka supaya mengambil peluang untuk menjelaskan segala-galanya mengenai Malaysia kepada masyarakat AS selain mempelajari mengenai negara itu.

"Jadilah duta negara anda. Kongsikan semuanya mengenai Malaysia dengan setiap orang yang anda temui di Amerika," katanya.

Semua pelajar itu termasuk seorang yang cacat penglihatan dan seorang yang cacat pendengaran akan tinggal di kawasan pekan dalam negeri-negeri AS termasuk di Hawaii, Indiana, Missouri, Minnesota dan Alaska.

Program YES dimulakan pada 2002 dengan dibiayai Jabatan Negara AS selain ditaja oleh Biro Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan yang menyediakan biasiswa kepada pelajar sekolah menengah berusia antara 15 dan 17 tahun dari negara-negara berpopulasi besar Muslim.

Di bawah program itu, para pelajar berpeluang mengikuti pengajian sehingga setahun di AS.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia menyertai program YES pada 2004 dan kini, terdapat lebih 300 alumni program itu di negara ini.

Mereka dipilih dari pelbagai sekolah menengah di seluruh Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan