Ops Harga 2.0 Serentak Diseluruh Negara Pada Isnin

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan Ops Harga 2.0 serentak di seluruh negara pada Isnin bagi membendung masalah kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna kebelakangan ini.

Sepanjang pelaksanaan operasi itu, mana-mana pihak yang melanggar peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, akan dikenakan tindakan dan dihadapkan ke mahkamah.

Peniaga yang didapati bersalah menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun manakala bagi kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara tiga tahun.

Ops Harga 2.0 tahun ini adalah kesinambungan Ops Harga 1.0 yang bermula Julai tahun lepas.

Di PUTRAJAYA, Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata pemeriksaan yang dijalankan di Pasar Presint 8 hari ini mendapati tiada masalah dalam harga barangan yang dijual.

Namun para peniaga dinasihati meletakkan tanda harga pada setiap barangan agar lebih jelas dan tidak hanya dipapar pada satu papan tanda besar, katanya.

Mohd Roslan bagaimanapun berkata satu notis dikeluarkan kepada seorang peniaga kerana menjual cili merah pada harga RM19 sekilogram, kadar yang agak tinggi berbanding tempat lain.

Peniaga itu diminta menghantar laporan kepada KPDNKK dan menjelaskan sebab harga tersebut diletakkan, katanya.

Di ibu negara, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga dan peruncit yang menipu timbang dan tidak mempamer tanda harga.

Katanya KPDNKK akan membawa peniaga dan peruncit yang gagal mematuhi peraturan ke mahkamah.

"Kementerian tidak lagi mengeluarkan kompaun kerana peniaga selalu mengabaikan kompaun yang dikeluarkan," kata Rosli kepada pemberita selepas Ops Harga 2.0 yang dijalankan di Pasar Pudu.

Di ALOR SETAR, Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat tinjauan ke Pasar Besar Alor Setar berkata kenaikan harga barangan yang keterlaluan disebabkan peniaga yang terpengaruh dengan sikap tamak dan mengetepikan nilai kemanusiaan.

Di KUALA TERENGGANU, KPDNKK mengesan lapan kes peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi harga barangan di sekitar daerah itu Isnin.

Pengarahnya Shamsul Badrein Mohsein berkata daripada jumlah itu, tiga kes melibatkan peniaga mengguna mesin penimbang yang tamat tempoh manakala lima peniaga dikesan tidak mematuhi harga kawalan yang ditetapkan kementerian.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga barangan di pasar Chabang Tiga hari ini, beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menyita pelbagai jenis barangan bernilai RM232.

Di KOTA BAHARU, sebanyak 43 peniaga dikompaun sejak 1 Jan selepas gagal meletakkan tanda harga di premis perniagaan mereka.

Pengarah KPDNKK Kelantan Sharuddin Jali berkata pihaknya mengeluarkan lima kompaun kepada lima peniaga selepas mendapati mereka gagal meletakkan tanda harga di premis perniagaan.

Selain Kota Baharu, KPDNKK Kelantan turut melaksanakan operasi sama di tiga lokasi berlainan di Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai pada hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan