Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini setelah prestasi kurang memberangsangkan pasaran ekuiti memberi tarikan terhadap logam berkenaan, kata para peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Nicole So Siew Chien berkata emas mendapat permintaan setelah situasi mengelak risiko menjadikan spekulator menjual pegangan mereka berikutan laporan ekonomi China yang lemah.

"China mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang rendah daripada diunjur dan tidak mencukupi untuk menghilangkan sikap berhati-hati," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada masa yang sama, data lain dari Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) menunjukkan pengurus wang dan dana lindung nilai bertambah yakin terhadap emas, dengan penurunan di pasaran ekuiti.

Kontrak semerta Januari 2014 naik RM2.60 atau 52 mata asas kepada RM134 segram manakala Februari 2014 dan April 2014 menokok RM2.50 setiap satu atau 50 mata asas masing-masing kepada RM134.30 segram.

Mac 2014, Jun 2014 dan Ogos 2014, bagaimanapun didagangkan, masing-maisng pada RM134.3.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 417 lot bernilai RM5.49 juta berbanding 1,308 lot pada Khamis, bernilai RM17.23 juta. Pasaran ditutup pada Jumaat berikutan cuti umum sempena perayaan Thaipusam.

Kedudukan terbuka susut kepada 1,068 kontrak berbanding 1,917 kontrak pada Khamis. Harga emas fizikal ditutup RM2.47 lebih tinggi pada RM129.41 segram.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan