MCA Sedia Galas Jawatan Exco Di Melaka - Liow

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron ketika kunjungan hormat beliau di Seri Negeri Ayer Keruh Melaka, Isnin.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron ketika kunjungan hormat beliau di Seri Negeri Ayer Keruh Melaka, Isnin.

MELAKA: MCA kini bersedia menggalas jawatan anggota Exco di Melaka bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya kaum Cina di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu juga akan memastikan MCA terus melaksanakan peranan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) Melaka.

"Kami mahu mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat...apabila kami minta sesuatu jawatan, ini bukanlah jawatan untuk kemegahan diri.

"Ini adalah jawatan untuk menyampaikan perkhidmatan dan memastikan pembangunan bagi rakyat di negara ini, bagi negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri di sini, Isnin.

Pada 20 Okt tahun lepas, mesyuarat agung luar biasa MCA meluluskan resolusi membenarkan anggota parti itu menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Keputusan itu membatalkan kelulusan mesyuarat agung parti pada 2011 dan 2012 melarang anggota MCA memegang jawatan dalam kerajaan apabila parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Liow bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan pelantikan wakil MCA ke jawatan Exco berkenaan pada budi bicara ketua menteri Melaka.

"Kita kena tunggu ketua menteri buat keputusan...kita dah dapat pandangan yang bernas daripada MCA dan diusulkan kepada ketua menteri," katanya.

Melaka kini mempunyai lapan anggota exco dengan tujuh daripada Umno dan seorang wakil MIC. Lazimnya barisan exco Melaka akan turut diwakili dua Adun MCA.

Selepas PRU13 lepas, Melaka mempunyai tiga Anggota Dewan Undangan Negeri daripada MCA iaitu Datuk Lai Meng Chong (Machap), Datuk Ng Choon Koon (Bemban) dan Lim Ban Hong (Klebang). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan